Minta izin dulu dengan Cikgu Dee, yaaa...:))

Monday 23 July 2012

Sebentar, sholatlah dulu, Nak...

Petang semalam, sebelum kami memulai kelas, aku bertanya pada satu persatu murid lelaki. Ternyata semuanya menjawab serentak : "Belum sholat Ashar, Cikgu..."

Dengan tegas, kuberitahukan mereka untuk segera menuju surau depan rumah kami, mengambil wudhu dan lakukan sholat Ashar EMPAT ROKAAT. Beberapa menit kemudian, kembali mereka masuki kelas. Aku lekas memujinya...."Nah, Danish dan Dany anak pandai...nak lakukan sholat Ashar."

Hingga, ditengah pelajaran kubertanya kembali pada Danish, berapa rakaat ia lakukan sholat Ashar?

"Lima rokaat...,cikgu!"

What's??

Kemudian, beberapa menit kami saling menguatkan pendapat, Danish bilang aku yang menyuruhnya sholat 5 rokaat, sedang aku merasa berkata 4 rokaat, hadeeuh...pening pisan!

*****

Mari, mengajarkan anak-anak kita untuk Sholat!

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“. Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”

Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil. 

sumber :  http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/02/19/ajar-anak-sembahyang/

*****

Ya, sebagian murid kami memang ada yang tak bersekolah agama. Dan, lebih memberatkannya lagi jika dirumah mereka langsung tak pernah melihat bahkan tak pernah disuruh tuk melakukan sholat  lima waktu. Sungguh menyedihkan, dan amanah untukku bertambah. Karena sebagian orangtua hanya sibuk menyuruh anak-anaknya berpuasa, serta membiarkan mereka 'lalai' dalam sholatnya.

"Saya tak pernah sekalipun pergi kat surau, cikgu...Saya juga tak pernah lihat emak bapak saya sholat kat umah....", hmm...begitulah penuturan polos  anak muridku Nadia (darjah 2). :'(


~Cikgu Dee'81
Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment